Friday, 11 October 2013



Hampir 3 tahun berlalu,
Kau masih di sini,
Menemani daku siang dan malam,
Hujan, kemarau, ribut semua kau gagahi,
Tak pernah hayat kau mengeluh, apatah lagi memaki.

Aku ingat lagi kali pertama kita bersua,
Aku hanya memandang kakiku, 
Malunya aku tidak terperi,
Aku jatuh cinta tanpa aku sedari,
Putihnya dikau berseri-seri,
Cantiknya dikau umpama bidadari.

Walaupun kau sudah berubah sekarang,
Aku tak sanggup mencari penggantimu,
Bagiku, kau tetap yang dulu, 
Kerana cintaku padamu takkan pernah padam,
Takkan tercuit sedikit pun hatta sejengkal.

Benarlah kata orang cinta itu buta,
Butanya mataku kerana kamu,
Ramai yang mengejekmu,
Memberi kata-kata nista,
Tapi, kau cuma diam seribu bahasa.

Aku minta maaf jika aku tak bisa menjagamu,
Sebagaimana kau menjagaku,
Tapi, ingatlah sayangku,
Pengorbananmu takkan ku sia,
Kerana sayangnya aku padamu, bukan hanya sekadar kata...

















1. Kurangkan minum air masak, lebihkan Barbican.


2. Lekatkan poster Dr. Rozmey besar-besar di cermin bagi meningkatkan keyakinan diri.


3. Sebelum makan, kelip mata 5 kali bagi memudahkan penghadaman makanan.


4. Buang air dekat tandas awam yang harga 50 sen ke atas sahaja. 


5. Bagi mengelakkan terkena sunburn, keluar rumah pada pukul 1 pagi ke atas sahaja. 


6. Untuk menguatkan jari, taip status di pesbuk setiap 2 minit dan like sendiri status tu. 


7. Jika alergik kepada makanan laut, makan lah keropok Mony setiap hari. 


8. Amalkan menonton iklan KLMU setiap pagi untuk menjamin kesihatan mata.


9. Untuk meluruskan rambut, baring depan jengkaut yang sedang bergerak. 


10. Sebelum tidur, dengar lagu tema Si Capik sekurang-kurangnya 3 kali.


11. Bila mandi, jangan tutup pintu.


12. Untuk menyerikan muka, sapu lendir siput babi di seluruh muka setiap malam. 


13. Jika susah nak tidur malam, telan semut 3 ekor.


14. Masalah jerawat boleh diatasi dengan meminum Clorox setengah botol.


15. Bagi mengelakkan risiko penyakit jantung, amalkan menggigit kuku lepas bangun tidur. 


Selamat mencuba dan selamat cantik!





Hidup kita ni ibarat sebuah jamban... 


Sebuah jamban biasa, bergantung kepada pandangan orang lain... 


Buruk pandangan orang, buruk lah jadi nya...


Setiap hari akan ada orang yang datang meminta secebis pertolongan...


Jamban berbakti dengan cara menadah tahi serta kencingnya... 


Terpulang kepada jasa baik orang itu sama ada mahu berbakti semula dengan cara membersihkannya kembali atau sekadar membiarkannya kelihatan keji dan hina...


Setiap jamban berlainan sama sekali kerana ada jamban yang murah dan ada jamban yang mahal...


Kebanyakan dari kita lebih cenderung untuk memilih jamban yang mahal...


Jamban yang murah akan berterusan dipinggirkan...


Melainkan jamban yang mahal sudah penuh, barulah jamban yang murah akan dipandang sebelah mata... 


Ada juga jamban yang bertutup secara sepenuhnya dan ada jamban yang hanya bertutup separuh...


Sudah pasti jamban yang bertutup penuh akan kelihatan sempurna... 


Tapi, mengapa ada yang tetap memilih jamban yang bertutup separuh?


Terdesak? Ya, mungkin...


Atau sekadar untuk memanaskan punggung sebelum beralih ke jamban yang lebih baik... 


Jamban yang tidak mempunyai air akan dipandang keji, sekalipun pernah berkhidmat dengan cemerlang semasa air nya masih ada...


Sebab itu lah, nasib jamban dan manusia tidak banyak beza nya... Buat baik macam mana sekalipun, belum tentu akan dibalas baik... 


post ini ditulis selepas balik dari jamban... Keh3