Hampir 3 tahun berlalu,
Kau masih di sini,
Menemani daku siang dan malam,
Hujan, kemarau, ribut semua kau gagahi,
Tak pernah hayat kau mengeluh, apatah lagi memaki.
Aku ingat lagi kali pertama kita bersua,
Aku hanya memandang kakiku,
Malunya aku tidak terperi,
Aku jatuh cinta tanpa aku sedari,
Putihnya dikau berseri-seri,
Cantiknya dikau umpama bidadari.
Walaupun kau sudah berubah sekarang,
Aku tak sanggup mencari penggantimu,
Bagiku, kau tetap yang dulu,
Kerana cintaku padamu takkan pernah padam,
Takkan tercuit sedikit pun hatta sejengkal.
Benarlah kata orang cinta itu buta,
Butanya mataku kerana kamu,
Ramai yang mengejekmu,
Memberi kata-kata nista,
Tapi, kau cuma diam seribu bahasa.
Aku minta maaf jika aku tak bisa menjagamu,
Sebagaimana kau menjagaku,
Tapi, ingatlah sayangku,
Pengorbananmu takkan ku sia,
Kerana sayangnya aku padamu, bukan hanya sekadar kata...


No comments:
Post a Comment